Assalamualaikum Wrbkth.

Terlebih dahulu pada kesempatan ini saya bagi pihak warga SK Pulau Gajah ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi melayari laman blog sekolah ini.  Semoga laman blog ini akan dapat mengeratkan silaturahim dan hubungan muhibah dengan semua pihak, terutama warga sekolah.

Oleh yang demikian, saya sangat berharap semoga guru-guru di sekolah ini akan mempertingkat kegigihan dan bakti mulia untuk sentiasa menjana kecemerlangan anak-anak di Kampung Pulau Gajah ini. Saya sentiasa menaruh keyakinan bahawa guru-guru di sekolah ini berkemampuan menaburkan bakti untuk kejayaan pelajar.

Di samping itu, saya juga berharap semoga para pelajar dapat mempertingkat ketekunan dalam usaha menimba ilmu, terutama untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Sesungguhnya, ilmu dan pengetahuan akan menjadi obor yang sangat berguna dalam hidup sepanjang zaman.

Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan fikiran dan tenaga dalam usaha membangunkan laman blog ini.

Insya-Allah, mudah-mudahan sekolah ini akan terus cemerlang dan gemilang.

Wassalam.

MOHD GHANI BIN MAT NOH
Guru Besar
SK PULAU GAJAH